Monday, 18 March 2013

Catatan Memori Jelajah Kedah

Undangan untuk menyertai Jelajah Kedah 2012 anjuran SPCC membuka lembaran baru bagi cyclist PJCC Mohd Hakim b Sharif. Namun disebalik kegembiraan ini, terselit permasalahan, iaitu jentera untuk menggempur Jelajah Kedah 2012…apakah hanya sebuah fixie??? Persoalan ini merajai hati pengurus PJCC…apakah masih ada penyelesaian untuk ini..atau membiarkan peluang ini terkubur begitu sahaja….

Melihat akan bakat kayuhan yang dimiliki cyclist muda ini, satu keputusan telah dibuat dengan mengenepikan sebarang kemungkinan kemudian hari…cyclist ini diusahakan untuk memliki sebuah” road bike”…..akhirnya sebelum kayuhan uji laluan dijalankan buat pertama kalinya, sebuah road bike POLYGON telah pun di miliki oleh cyclist ini dengan harapan aka nada peluang yang lebih cerah menanti.



Buat kali pertama mengendalikan jentera baru ini di jalan raya, agak kekok juga kayuhannya. Namun berkat ketabahan dan daya juang yang tinggi…akhirnya cyclist ini Berjaya menempuhi kayuhan uji laluan pertama dan kedua.

Hari yang dinanti muncul akhirnya…9 Jun 2012…dengan jarak kayuhan sejauh 170 km…cyclist ini berjaya menamatkan kayuhan sebagai 30 finisher terbaik



Well Done!

No comments:

Post a Comment