Monday, 18 March 2013

Catatan Memori Jelajah Kedah

Undangan untuk menyertai Jelajah Kedah 2012 anjuran SPCC membuka lembaran baru bagi cyclist PJCC Mohd Hakim b Sharif. Namun disebalik kegembiraan ini, terselit permasalahan, iaitu jentera untuk menggempur Jelajah Kedah 2012…apakah hanya sebuah fixie??? Persoalan ini merajai hati pengurus PJCC…apakah masih ada penyelesaian untuk ini..atau membiarkan peluang ini terkubur begitu sahaja….

Melihat akan bakat kayuhan yang dimiliki cyclist muda ini, satu keputusan telah dibuat dengan mengenepikan sebarang kemungkinan kemudian hari…cyclist ini diusahakan untuk memliki sebuah” road bike”…..akhirnya sebelum kayuhan uji laluan dijalankan buat pertama kalinya, sebuah road bike POLYGON telah pun di miliki oleh cyclist ini dengan harapan aka nada peluang yang lebih cerah menanti.



Buat kali pertama mengendalikan jentera baru ini di jalan raya, agak kekok juga kayuhannya. Namun berkat ketabahan dan daya juang yang tinggi…akhirnya cyclist ini Berjaya menempuhi kayuhan uji laluan pertama dan kedua.

Hari yang dinanti muncul akhirnya…9 Jun 2012…dengan jarak kayuhan sejauh 170 km…cyclist ini berjaya menamatkan kayuhan sebagai 30 finisher terbaik



Well Done!

Friday, 15 March 2013

Kertas Kerja Penubuhan PJCC


KERTAS KERJA
 PENUBUHAN "PEKULA JAYA CYCLING CLUB"

1. O PENDAHULUAN
Aktiviti berbasikal merupakan aktiviti riadah digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berbasikal dapat menguji kemampuan fizikal dan spiritual pelajar-pelajar.  Remaja yang aktif dan cergas sahaja yang mampu untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.

2.0 MATLAMAT
Pelajar-pelajar dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yang bermanfaat serta dapat meningkatkan jalinan kerjasama dan komunikasi sosial bersama masyarakat luar. Diharapkan aktiviti ini juga mampu meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

3.0 OBJEKTIF
3.1       Mendidik pelajar tentang keselamatan di jalan raya ketika menunggang basikal.
3.2        Memberi pendedahan kepada pelajar cara berbasikal dengan selamat di jalan raya.
3.3       Mencungkil bakat kayuhan dikalangan pelajar agar dapat di ketengahkan ke peringkat      yang lebih tinggi.
3.4       Memberi peluang kepada murid-murid bekerjasama demi kepentingan rakan  sebaya.

4.0 SASARAN
Pelajar  yang berbasikal ke sekolah khususnya penunggang fixie.

 5.0 AGENSI YANG TERLIBAT
Kelab basikal SPCC ( Sungai Petani Cycling Club).

6.0 PERLAKSANAAN
Program kayuhan diadakan secara berjadual dan dicadangkan pada hari Jumaat 2 kali sebulan.

7.0 KESIMPULAN
Diharapkan dengan penubuhan Kelab Basikal ini akan mampu meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.

Kembara PJHS Part II

Sebagai satu pengisian yang berguna kepada peserta Kembara Berbasikal PJHS, para peserta telah diberi taklimat oleh Tuan Hj Ramly Abdullah ( RamlySP SPCC)  tentang cara berbasikal dengan betul dan selamat.
Selain itu. Tuan Hj Ramly juga menasihatkan para peserta agar mempunyai peralatan keselamatan yang lengkap ketika berbasikal seperti topi keledar keselamatan, pakaian yang bersesuaian serta mengamalkan cara menunggang basikal yang betul.


Penerangan tentang seat post yang betul



Demontrasi 




Kayuhan Amal Maahad Tahfiz Padang Serai, Kedah.

PJCC juga menyertai Kayuhan Amal Maahad Tahfiz Padang Serai pada 20 Oktober 2012. Jarak kayuhan sejauh 35 km sekitar Padang Serai. Kayuhan ini bertujuan mengutip dana bagi menampung kos pembinaan bangunan sekolah Maahad Tahfiz tersebut. 










Diharapkan dengan pengelibatan dalam acara sebegini akan mengeratkan silaturrahim dan memupuk tanggungjawab berbakti kepada masyarakat.


Thursday, 14 March 2013

Cyclethon SK Taman Senangan, Butterworth, PP




Pada 6 Oktober 2012, PJCC juga menyertai Cyclethon yang dianjurkan oleh SK Taman Senangan, Buterworth, P.Pinang. Cyclethon ini diadakan sempena Hari Kokurikulum SK Taman Senangan.







Penyertaan kelab-kelab basikal tempatan adalah sebagai tanda sokongan kepada pihak penganjur dalam melaksanakan program kayuhan ini.

Jelajah Kedah Jun 2012 Part II

Selembar memori Jelajah Kedah 2012 bahagian kedua.








Medal Finisher JK12








WE DID IT!









Jelajah Kedah Jun 2012 Part I





Akhirnya hari yang dinantikan tiba jua.9 Jun 2012. Alhamdulillah, cyclist PJCC muncul diantara 30 terbaik finisher Jelajah Kedah 2012.

Selembar memori Jelajah Kedah 2012 bahagian pertama.