KERTAS KERJA
PENUBUHAN "PEKULA JAYA
CYCLING CLUB"
1.
O PENDAHULUAN
Aktiviti berbasikal
merupakan aktiviti riadah digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Berbasikal
dapat menguji
kemampuan fizikal dan spiritual pelajar-pelajar. Remaja yang aktif dan cergas sahaja yang mampu
untuk menyumbang kepada pembangunan Negara.
2.0 MATLAMAT
Pelajar-pelajar
dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti riadah yang bermanfaat serta dapat
meningkatkan jalinan kerjasama dan komunikasi sosial bersama masyarakat luar. Diharapkan
aktiviti ini juga mampu meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar
seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan sekolah.
3.0 OBJEKTIF
3.1
Mendidik pelajar tentang keselamatan di jalan raya ketika menunggang basikal.
3.2 Memberi pendedahan kepada pelajar cara
berbasikal dengan selamat di jalan raya.
3.3 Mencungkil bakat kayuhan dikalangan
pelajar agar dapat di ketengahkan ke peringkat yang
lebih tinggi.
3.4 Memberi peluang kepada murid-murid
bekerjasama demi kepentingan rakan sebaya.
4.0 SASARAN
Pelajar
yang berbasikal ke sekolah khususnya penunggang fixie.
5.0 AGENSI YANG TERLIBAT
Kelab basikal SPCC (
Sungai Petani Cycling Club).
6.0 PERLAKSANAAN
Program
kayuhan diadakan secara berjadual dan dicadangkan pada hari Jumaat 2 kali
sebulan.
7.0 KESIMPULAN
Diharapkan dengan penubuhan Kelab Basikal ini akan mampu
meningkatkan kredibiliti dan disiplin pelajar seterusnya menyumbang kepada
kecemerlangan sekolah.